KERAMAT

Jika seseorang itu mahu dikurniakan oleh Allah S.W.T baginya sesuatu yang mencarik adat, maka hendaklah ia merobek adat bagi dirinya. Maknanya jika seseorang itu mahu dikurniakan Allah S.W.T baginya sesuatu yang menyalahi adat seperti Keramat, Ilmu Laduni (Ilmu yang tidak perlu dipelajari) dan sebagainya, dia haruslah melakukan sesuatu yang menyalahi adat iaitu melakukan perkara yang kebiasaan orang tidak melakukan atau tidak melakukan perkara yang biasanya orang melakukannya. Contoh : makan yang tidak pernah kenyang, tidur yang tidak pernah lena/puas dll.
Sesuatu yang mencarik adat itu datangnya darupada Allah S.W.T dan ianya mestilah lahir daripada sifat-sifat kehambaan (iaitu sifat-sifat yang menyelahi sifat ketuhanan). Maka barulah ia dikatakan anugerah daripada Allah S.W.T. Akan tetapi jika sesuatu yang mencarik adat itu lahir daripada sifat-sifat ketuhanan (iaitu sifat-sifat yang menyelahi sifat kehambaan) maka ianya bukanlah anugerah daripada Allah S.W.T tapi adalah Istidrat.
Ulama' dan Wali-wali Allah terdahulu takut akan bala atau ujian dari Allah S.W.T, tetapi mereka lebih takutkan akan Istidrat kerana manusia yang terkena Istidrat itu tidak akan tahu/sedar bahawa Istidrat telah terkena pada mereka. Istidrat ialah apabila seseorang itu telah diberi kesenangan/ kemewahan/ kelebihan dari Allah S.W.T dan ianya menyangka bahawa ianya adalah ganjaran dari Allah S.W.T sedangkan ianya adalah kemurkaan Allah S.W.T menyebabkan seseorang itu dikaburi dengan kesenangan/ kemewahan/ kelebihan tersebut.
Pilihlah kawan yang boleh membawa kita kepada Allah S.W.T dan jangan sesekali berkawan dengan orang yang boleh merosakkan agama kita. Jangan terlalu suka bergaul dengan makhluk kerana mungkin boleh membawa kita jauh daripada Allah. Orang yang berkawan dengan tukang besi akan terkena bau besi itu dan orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan terkena cebisan-cebisan wangian itu.

-Yang baik dari Allah S.W.T dan yang buruk/silap adalah dari kesilapan/kelemahan saya-
-Didengar dan ditulis semula dari kata-kata YDSM 13/07/2006-