DOA YANG BAIK

Bukan semuanya doa itu baik, doa yang baik ialah doa yang disertai dengan sifat-sifat kehambaan dan doa yang tidak baik itu ialah doa yang disertai dengan hawa nafsu dan keinginan diri sendiri semata-mata.
Ketika Nabi Allah Ibrahim A.S. ketika berada di dalam unggun api dibakar oleh orang-orang kafir turunlah Malaikat Jibrail A.S. menyuruh Nabi Allah Ibrahim A.S. berdoa memohon pertolongan daripada Allah S.W.T tetapi kata Nabi Ibrahim A.S. "cukuplah sekadar Allah S.W.T mengetahui keadaan diriku".
Nabi Allah Yunus A.S. ketika orang-orang mushrik menyiksa beliau dengan ditindih batu dan dijemur ditengah panas dan ketika orang-orang mushrik ingin mencampakkan Nabi Allah Yunus A.S. ke adalam laut, maka turunlah Malaikat Jibril A.S. menyuruh Nabi Allah Yunus A.S. berdoa memohon pertolongan daripada Allah S.W.T tetapi Nabi Yunus A.S. berkata "aku sesekali tidak akan cuba mengubah ketentuan daripada Allah S.W.T".
Nabi Allah Ayub A.S. diuji dengan ulat yang memakan seluruh badannya, daging, tulang. Semua anak-anak dan isterinya meninggalkan dia kerana tidak tahan dengan bau busuk. Maka turunlah Malaikat Jibril A.S. menasihati Nabi Allah Ayub A.S. berdoa kepada Allah S.W.T agar disembuhkan daripada penyakitnya. Maka kata Nabi Allah Ayub A.S. ini adalah ketentuan daripada Allah S.W.T. Dan disaat sudah hampir ulat-ulat itu mamakan otaknya, maka Nabi Allah Ayub A.S. berdoa "Ya Allah, jika ulat-ulat ini memakan otakku, maka tidak dapatlah diriku ini lagi untuk mengingatimu dan berzikir kepadamu". Maka Allah sembuhkan penyakitnya.

Doa yang paling baik ialah doa memohon keselamatan. Doa diselamatkan dunia dan akhirat, doa dibukakan hijab, doa diberikan taufik dan hidayah ialah antara doa-doa memohon keselamatan. Rezeki tidak perlu didoakan kerana ianya telah ditetapkan oleh Allah melainkan jika doa supaya rezeki yang diperolehi itu didapati dari sumber yang halal dll.

-Yang baik dari Allah S.W.T dan yang buruk/silap adalah dari kesilapan/kelemahan saya-
-Didengar dan ditulis semula dari kata-kata YDSM 20/07/2006-